Langkah-langkah Melaksanakan MS ISO 9000 Dan Keperluan Komitmen Pihak Pengurusan (Haji Ibrahim bin Md. Noh – Timbalan Pengarah Institut Aminudin Baki)

Perlunya MS ISO 9000

1.   Kualiti ialah ciri produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan atau memuaskan hati pelanggan.
2.   Pelanggan nampak kualiti sesuatu produk pada masa sebelum, sedang atau sesudah memperolehinya.
3.   Pelanggan nampak kualiti sesuatu perkhidmatan pada masa sedang atau sesudah memperolehinya.
4.   Pelanggan menghadapi risiko tinggi jika ia hanya dapat melihat kualiti pada masa sedang atau sesudah memperolehi produk/perkhidmatan. Oleh itu ia memerlukan satu jaminan atau kepastian tentang kualiti yang diharapkan.
5 .   Jaminan atau kepastian kualiti ini dapat dicari dari cara pembekal BEROPERASI untuk mengeluarkan produk atau untuk memberi perkhidmatan. Iaitu harus menunjukkan KEUPAYAAN memenuhi kehendak pelanggan.
6.   Organisasi beroperasi atas beberapa sistem, termasuk SISTEM KUALITI.  Pelanggan akan berasa terjamin sekiranya organisasi berkenaan mempunyai SISTEM KUALITI yang diiktiraf sebagai telah menepati standard-standard yang diperakui negara ataupun lebih baik lagi antarabangsa (contohnya ISO 9000).
7. MS ISO 9000 adalah

8.    Pengiktirafan MS ISO 9000 juga membuktikan komitmen pembekal terhadap kualiti, bahawa ia bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus untuk memuaskan hati pelanggan.

Membuat Keputusan Menerima Pakai MS ISO 9000

9. Organisasi perlu menentukan:

9.1 Pelanggan-pelanggamya
9.2 Produk atau perkhidmatan
9.3 Sub-kontraktor
9.4 Input laitu bahan dan produk yang dibekalkan pelanggan
9.5 Output

10.  Berdasarkan pertimbangan dalam para 9 di atas, organisasi wajib dapat menentukan ‘core business’ masing-masing.
11.  Analisis jurang menyemak sejauh mana amalan sekarang selaras dengan standard.
12. Organisasi menentukan semua elemen yang terlibat untuk membina sistem kualiti masing-masmg.

Menyediakan Dokumen
 
DOKUMEN APA YANG HENDAK DIBUAT

13. Dokumenkan struktur pengurusan, tanggungjawab pengurusan dan dasar kualiti dalam Manual Kualiti.
14. Dokumenkan segala prosedur dalam Manual Prosedur.
15. Dokumenkan langkah-langkah menjalankan kerja dalam Arahan Kerja. Buat Arahan Kerj yang perlu sahaja.
16. Borang-borang dan dokwnen-dokumen sokongan.

Melaksanakan MS ISO 9000

BUAT APA YANG DIDOKUMENKAN
17. ‘Enroll’ semua staf yang terlibat.
18.   Latih mereka.
19.   Arah dan pastikan mereka buat apa yang didokumenkan.
20.   Simpan dengan rapi segala rekod tentang apa yang dibuat.
21.   Kawal penggunaan dan pindaan dokumen.
22.   Kawal penyimpanan rekod.

Diaudit dan Diiktiraf

BUKTIKAN TELAH BUAT APA YANG DIIDOKUMENKAN

23. Dapatkan perakuan semua dokumen selaras dengan standard  - Adequacy Audit
24.   Dapatkan pengesahan bahawa operasi telah mematuhi prosedur-prosedur yang didokumenkan.  Buktikan dengan rekod-rekod - Compliance Audit
25. Jika tidak, atasi ‘non-conformance’.
26. Dapatkan sijil pengiktirafan.
27. Sentiasa jaga operasi supaya tidak timbul non-conformance’ - Surveillance Audit
 
Kesimpulan

25.   MS ISO 9000 ialah pengiktirafan untuk institusi bukan individu.
Mustahil dapat diperolehi tanpa komitmen pihak pengurusan.  Juga tanpa sokongan semua!
 

Back