Simbol-Simbol Carta Aliran

Operasi : Kotak Empat Segi (Rectangle). Gunakan simbol ini apabila terdapat sebarang perubahan dalam sesuatu perkara. Perubahan mungkin berpunca dari perbelanjaan pekerja, aktiviti mesin, atau kedua-duanya sekali. Simbol ini digunakan bagi menandakan sebarang aktiviti. Biasanya, sedikit penjelasan tentang aktiviti hendaklah ditulis di dalam kotak.



Pergerakan/Pengangkutan : Berbentuk Anak Panah (fat Arrow). Gunakan simbol ini untuk menunjukkan pergerakan output di anatara kedudukan-kedudukan. (Contoh : penghantaran surat dari bahagian-bahagian kepada stok)


Membuat Keputusan :  Berbentuk Berlian (Diamond). Simbol ini diletakkan dalam proses di mana keputusan perlu dibuat. Siri-siri aktiviti yang seterusnya adalah berbagai berdasarkan kepada keputusan ini. Sebagai contoh “sekiranya  surat itu betul, ia akan ditandatangani. Jika tidak betul, ia akan ditaip semula”. Secara khususnya, hasil dari simbol ini ditandakan dengan pilihan (Contoh : Ya - Tidak, Betul - Salah)


Pemeriksaan : Bulatan Besar (Big Circle). Simbol ini digunakan untuk menandakan aliran proses telah tamat supaya kualiti hasil dapat dinilaikan. Melibatkan pemeriksaan yang dibuat oleh seseorang yang tidak melaksanakan aktiviti itu. Ia juga boleh menandakan titik di mana tandatangan untuk kelulusan diperlukan.


Kertas Dokumen : ‘Winggle-Boomed Rectangle’. Simbol ini digunakan untuk menunjukkan bila output daripada satu aktiviti yang berkaitan direkodkan di kertas (Contoh : Laporan bertulis, surat, atau cetakan komputer)


Tangguh : Empat Segi Tumpul (Blunted Rectangle). Gunakan simbol ini, (kadang-kadang dipanggil peluru) (bullet) apabila sesuatu perkara diletakkan di bawah penyimpanan sementara, sebelum aktiviti seterusnya dilaksanakan (Contoh : menunggu penerbangan, menunggu untuk tandatangan).


Pengstoran : Tiga Segi (Triangle). Gunakan simbol ini apabila pengstoran yang terkawal wujud apabila pesanan dan permintaan adalah diperlukan untuk mengalih sesuatu item bagi aktiviti selanjutnya. Simbol ini kerap digunakan bagi menunjukkan output distorkan sementara menunggu pelanggan. Dalam ‘business process’, rajah tiga segi ini digunakan untuk menunjukkan status perolehan, menunggu untuk kewangan mengesahkan bahawa sesuatu item itu ada di dalam peruntukan yang diluluskan.


Catatan/Penjelasan : Empat Segi Terbuka (Open Rectangle). Gunakan simbol ini yang disambung kepada carta aliran oleh garisan titik putus (dotted line) untuk merekod maklumat tambahan mengenai simbol di mana ia dihubungkan. sebagai contoh, di dalam carta aliran yang kompleks yang dibuat di atas helaian-helaian kertas yang banyak, simbol ini mungkin boleh dihubungkan kepada bulatan kecil untuk menyediakan nombor muka surat di mana input-input akan dimasukkan semula ke dalam proses.


Tujuarah Aliran : Anak panah (Arrow). Gunakan simbol ini untuk menandakan tujuarah dan kedudukan langkah-langkah dalam proses. Anak panah digunakan bagi pergerakan dari satu simbol yang lain. Anak panah menunjukkan arah - atas, bawah atau sisi.


Pengaliran : Anak Panah Terganggu (Interupted Arrow). Gunakan simbol ini untuk mengenalpasti bila pengaliran segera maklumat berlaku (contoh : pemindahan data elektronik, faks, Panggilan telefon)


Penyambung : Bulatan Kecil (Small Circle). Gunakan simbol ini dengan huruf di dalamnya di akhir carta aliran akan menjadi input kepada carta aliran yang lain. Simbol ini sering digunakan apabila ruang tidak mencukupi untuk menyediakan keseluruhan carta aliran dalam satu muka surat. Anak panah yang menghala ke bulatan kecil menunjukkan bulatan itu adalah output. Setiap output yang berbeza hendaklah mempunyai huruf penunjuk yang berbeza. Sebarang output boleh masuk semula ke dalam proses di beberapa kedudukan dalam proses.


Sempadan : Bulatan Membujur (Elongated Circle). Gunakan simbol ini untuk menandakan permulaan dan tamat dalam setiap proses. Biasanya perkataan mula atau tamat
dicatatkan di dalam simbol


 
 Back